Monday, February 9, 2009

SEDIH, HIBA DAN TERHINA.....

SEDIH, HIBA dan TERHINA apabila ku melihat video ‘rusuhan’ di Malaysiakini.com pada 6hb Feb yang lepas. Rata-ratanya penyokong dari pihak pembangkang yang begitu fanatik dengan parti mereka iaitu parti PAS

Tujuannya adalah untuk memprotes supaya diadakan pilihanraya semula dengan menggunakan ‘Suara Rakyat’. Suara rakyat yang diduduki oleh pelbagai kaum. Suara rakyat yang diduduki oleh pelbagai pengamal agama. Tetapi malangnya protes yang diadakan bagi menunjukkan suara rakyat adalah satu kaum sahaja iaitu kaum Melayu!!!

Dimana kaum-kaum lain semasa demonstrasi itu berlaku? Mengapa kaum lain yang menyokong pembangkang tidak turut serta? Mengapa bendera parti lain seperti parti DAP dan PKR tidak kelihatan?

Kesian dan sedih jika memikirkan kaum lain hanya melihat dan ketawa menonton aksi-aksi kaum Melayu menentang titah Sultan seperti menentang tentera Zionis. Kesian melihat pakcik-pakcik makcik-makcik begitu semangat menentang walaupun mereka hanya mendengar cerita-cerita dari kedai kopi dan dari pihak ke3.

Hakikatnya mereka lupa atau tidak tahu bahawa Sultan Azlan Shah dilantik ke jawatan Hakim Mahkamah Tinggi ketika berusia 37 tahun. Baginda adalah hakim termuda di antara hakim Mahkamah Tinggi di negara-negara Komanwel. Jadi baginda telah mengkaji segala keputusan dengan penuh berhemat dan berhati-hati dan bukan dengan membuta-tuli.

Oleh itu, saya menyeru semua kaum Melayu supaya bemuhasabah diri dan melupakan segala perlingkahan polotik dan memikirkan cara supaya kaum Melayu dapat bersatu kembali dan menjadi Terbilang seperti Zaman Pemerintahan Melayu Melaka dahulu.

P/S: termenung bila melihat demostrasi 6hb Feb lalu.

No comments:

Post a Comment